Assalamua'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Perkenalan,Salam Ukhwah,Salam
Ceria.
Ahamdulillah,syukur ke hadrat Allah Swt kerana saya pertama kali
menulis entri yang dibimbing serta tunjuk ajar oleh seorang mentor yang
berkaliber dan saya sebagai menti nya ibarat budak baru belajar .Sebelum itu
saya kenalkan diri nama saya Rohaila Binti Idris,panggilan selalu di pejabat ila
kalau di kalangan keluarga Roha.Melayari tahun 2014 umur saya menjangkau 35
tahun.Saya mempunyai 4 adik beradik,saya merupakan anak ketiga.Ada seorang kakak
yang berumur 45tahun,yang kedua abang berumur 41tahun dan seorang adik perempuan
berumur 31tahun merupakan cikgu.Abah saya merupakan pesara polis tentera sudah
berumur 70tahun dan bonda tercinta sudah ke rahmatullah hampir 2 tahun kerana
menghidap kanser rahim dan sakit jantung berlubang.Jasa bonda amat bernilai bagi
saya dan adik-beradik.
Kini sudah 6 tahun saya melayari bahtera rumahtangga
bersama suami Mohd Hazman Bin Hj Abdul Halim Ahamdulillah saya.dikurniakan
sepasang anak yang sulung berumur 5 tahun bernama Nur Amilah Batrisya,dan kedua
berumur 4 tahun bernama Muhammad Syahmi Darwisy yang selalu mengusik jiwa dan
hati. Pejam celik sudah besar anak-anak ibu dan abah.Agar anak-anak ibu dan
abah jadi anak solehah dan soleh.Insyallah.Pening juga mengeluarkan idea untuk
menulis entri ini
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan
Sungai Ara,Bayan Lepas,Pulau Pinang dari dari darjah satu hingga darjah
tiga.Selepas itu abah ila kena bertukar ke Perak biasa la kerja unit unitform
asyik berpindah tidak duduk setempat je.ila menyambung darjah empat sampai
darjah enam ke Sekolah Kebangsaan Simpang Empat,Sitiawan,Perak.Selepas itu
meneruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad
Boestman,sitiawan,perak.Sementara menunggu keputusan SPM saya bekerja kedai
runcit,kedai photostat serta kedai buat roti dan pizza.Selepas itu saya
melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ungku Omar,Ipoh.
Tahun 2002 saya
telah memulakan alam pekerjaan di sektor swasta di Lumut Maritime Terminal
sebagai kerani akaun sehingga bulan Ogos 2003.Selepas saya telah berkhidmat
sektor kerajaan selama 11 tahun.Banyak pengalaman saya belajar sejak berkhidmat
dalam sektor swasta dan kerajaan.Disebabkan saya bekerja di bahagian kaunter
bayaran bermacam-macam saya temui ragam manusia.Bekerja sebagai petugas di kaunter memerlukan kesabaran yang tinggi dan kecekalan.Pengalaman tidak dapat lupa ada seorang pelanggan ingin dengar kemahuannya dan juga siap bertekak dan mahu menang cakapnya.Ada juga yang mengangguk tanda setuju apabila saya memberi keterangan panjang lebar.Dan ada juga bila dah diterang panjang lebar,bila ditanya faham ke tidak,sengih sengih tidak faham.
Demi membantu suami saya
terfikir harus apa saya sumbang kan.Kebetulan saya mencari maklumat dari blog
ke blog tiba-tiba tergerak hati membaca satu blog
Puan Ansy Idayu Zakaria
tanpa produk kita boleh berjaya menjana pendapatan serta
Blog Akademi Bekerja
Di Rumah diasaskan oleh
Puan Masayu Ahmad.Bermula di situ saya nekad
untuk berdaftar dalam kelas akademik bekerja di rumah di bawah kelolaan
Puan Ansy Idayu.
Harapan saya dapat mempelajari daripada
seorang sudah berjaya menjadi
WAHM seperti
Puan Ansy Idayu.
Impian
saya menyertai kelas dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran selok
belok dalam penulisan dan blog.Penulisan yang baik mampu mempengaruhi pembaca
untuk terus membaca dan mengkuti perkembangan blog dari masa ke semasa.Daripada
penulisan ini saya boleh pergi jauh ke hadapan untuk menghasilkan produk saya
nanti.Rasa macam tidak percaya jari-jemari boleh menulis sebenarnya.Dalam masa
yang sama saya boleh bertukar-tukar fikiran antara mentor dan menti yang lain
berkenaan kelas yang diadakan.
Dengan rendah hati saya semoga saya
istiqamah dengan apa yang dirancang.Nawaitu saya ingin membuat perniagaan maya
ini adalah kerana
ALLAH SWT.Sesungguhnya Allah swt adalah sebaik-baiknya
perancang.Saya hanya berusaha sebaik-baiknya.Antara cepat dan lambat sahaja yang
penting kita sentiasa kembali kepadaNya disamping suami,keluarga dan sahabat
handai sebagai pemberi semangat untuk terus dalam bidang ini.Mudah-mudahan
ALLAH
SWT kurniakan yang terbaik untuk saya dan juga mentor dan pembaca sekalian
nanti.Insyallah.
Selamat membaca,Salam manis dari saya.