Kalau anda senyum walaupun ketika sedang bersedih dan berduka,sebenarnya anda sedang berusaha meringankan beban dan mengetuk gerbang keceriaan yang anda cari.
Sekali-sekala jamgan berfikir dua kali untuk senyum,kerana dengan tersenyum anda akan mengembirakan semangat,jiwa,kekuatan yang ada dalam diri anda.Janganlah bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan iu,sedang menekannya bererti anda membuat sengsara.Senyuman yang anda berikan menaikkan segala kebaikan dan kegembiraan yang anda cari.Insyallah.
Ada ungkapan yang menyebut bahwa "senyuman itu merupakan satu kemestian dalam pergaulan.Bergaul bermakna komunikasi dengan baik dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda.Satu daripada ialah pandai dan mahu tersenyum.
Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati anda dan orang sekeliling,sebaliknya jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa dan menganggu hati dan orang sekeliling.Sudah pasti anda tidak suka menjadi punca kesedihan kepada sesiapa pun.
KEMULIAAN HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BERSABAR
No comments:
Post a Comment