Thursday 27 February 2014

Kenali Saya

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamua'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Perkenalan,Salam Ukhwah,Salam Ceria.

Ahamdulillah,syukur ke hadrat Allah Swt kerana saya pertama kali menulis entri yang dibimbing serta tunjuk ajar oleh seorang mentor yang berkaliber dan saya sebagai menti nya ibarat budak baru belajar .Sebelum itu saya kenalkan diri nama saya Rohaila Binti Idris,panggilan selalu di pejabat ila kalau di kalangan keluarga Roha.Melayari tahun 2014 umur saya menjangkau 35 tahun.Saya mempunyai 4 adik beradik,saya merupakan anak ketiga.Ada seorang kakak yang berumur 45tahun,yang kedua abang berumur 41tahun dan seorang adik perempuan berumur 31tahun merupakan cikgu.Abah saya merupakan pesara polis tentera sudah berumur 70tahun dan bonda tercinta sudah ke rahmatullah hampir 2 tahun kerana menghidap kanser rahim dan sakit jantung berlubang.Jasa bonda amat bernilai bagi saya dan adik-beradik.

Kini sudah 6 tahun saya melayari bahtera rumahtangga bersama suami Mohd Hazman Bin Hj Abdul Halim Ahamdulillah saya.dikurniakan sepasang anak yang sulung berumur 5 tahun bernama Nur Amilah Batrisya,dan kedua berumur 4 tahun bernama Muhammad Syahmi Darwisy yang selalu mengusik jiwa dan hati. Pejam celik sudah besar anak-anak ibu dan abah.Agar anak-anak ibu dan abah jadi anak solehah dan soleh.Insyallah.Pening juga mengeluarkan idea untuk menulis entri ini

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Sungai Ara,Bayan Lepas,Pulau Pinang dari dari darjah satu hingga darjah tiga.Selepas itu abah ila kena bertukar ke Perak biasa la kerja unit unitform asyik berpindah tidak duduk setempat je.ila menyambung darjah empat sampai darjah enam ke Sekolah Kebangsaan Simpang Empat,Sitiawan,Perak.Selepas itu meneruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestman,sitiawan,perak.Sementara menunggu keputusan SPM saya bekerja kedai runcit,kedai photostat serta kedai buat roti dan pizza.Selepas itu saya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ungku Omar,Ipoh.

Tahun 2002 saya telah memulakan alam pekerjaan di sektor swasta di Lumut Maritime Terminal sebagai kerani akaun sehingga bulan Ogos 2003.Selepas saya telah berkhidmat sektor kerajaan selama 11 tahun.Banyak pengalaman saya belajar sejak berkhidmat dalam sektor swasta dan kerajaan.Disebabkan saya bekerja di bahagian kaunter bayaran bermacam-macam saya temui ragam manusia.Bekerja sebagai petugas di kaunter memerlukan  kesabaran yang tinggi dan kecekalan.Pengalaman tidak dapat lupa ada seorang pelanggan  ingin dengar kemahuannya dan juga siap bertekak  dan mahu menang cakapnya.Ada  juga yang mengangguk tanda setuju apabila saya memberi keterangan panjang lebar.Dan ada juga bila dah diterang panjang lebar,bila ditanya faham ke tidak,sengih sengih tidak faham.

Demi membantu suami saya terfikir harus apa saya sumbang kan.Kebetulan saya mencari maklumat dari blog ke blog tiba-tiba tergerak hati membaca satu blog Puan Ansy Idayu Zakaria tanpa produk kita boleh berjaya menjana pendapatan serta Blog Akademi Bekerja Di Rumah diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad.Bermula di situ saya nekad untuk berdaftar dalam kelas akademik bekerja di rumah di bawah kelolaan Puan Ansy Idayu.
Harapan saya dapat mempelajari daripada seorang sudah berjaya menjadi WAHM seperti Puan Ansy Idayu.

Impian saya menyertai kelas dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran selok belok dalam penulisan dan blog.Penulisan yang baik mampu mempengaruhi pembaca untuk terus membaca dan mengkuti perkembangan blog dari masa ke semasa.Daripada penulisan ini saya boleh pergi jauh ke hadapan untuk menghasilkan produk saya nanti.Rasa macam tidak percaya jari-jemari boleh menulis sebenarnya.Dalam masa yang sama saya boleh bertukar-tukar fikiran antara mentor dan menti yang lain berkenaan kelas yang diadakan.

Dengan rendah hati saya semoga saya istiqamah dengan apa yang dirancang.Nawaitu saya ingin membuat perniagaan maya ini adalah kerana ALLAH SWT.Sesungguhnya Allah swt adalah sebaik-baiknya perancang.Saya hanya berusaha sebaik-baiknya.Antara cepat dan lambat sahaja yang penting kita sentiasa kembali kepadaNya disamping suami,keluarga dan sahabat handai sebagai pemberi semangat untuk terus dalam bidang ini.Mudah-mudahan ALLAH SWT kurniakan yang terbaik untuk saya dan juga mentor dan pembaca sekalian nanti.Insyallah.

Selamat membaca,Salam manis dari saya.



Keluarga Saya
.

RINDUKAN MAK YANG TELAH TIADA


Tiba-tiba air mata saya mengalir apabila melihat seorang kawan pejabat membeli kad hari jadi maknya,kebetulan hari jadi arwah mak saya pada 14 Februari 2014..genap 65tahun...Saya teramat-amat rindukan arwah mak.Semoga arwah mak ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Al-Fatihah buat arwah bonda tercinta Hajah Sharipah binti Omar.

Kepada para pembaca dil luar yang mempunyai insan bernama mak,ibu,mama,ummi luangkan masa untuk mereka..Kenang lah jasa-jasa mereka...tak terbalas jasa mereka membesarkan kita dari kecil hingga ke besar.


Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

HIDUP DENGAN SENYUMAN


Kalau anda senyum walaupun ketika sedang bersedih dan berduka,sebenarnya anda sedang berusaha meringankan beban dan mengetuk gerbang keceriaan yang anda cari.
      Sekali-sekala jamgan berfikir dua kali untuk senyum,kerana dengan tersenyum anda akan mengembirakan semangat,jiwa,kekuatan yang ada dalam diri anda.Janganlah bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan iu,sedang menekannya bererti anda membuat sengsara.Senyuman yang anda berikan menaikkan segala kebaikan dan kegembiraan yang anda cari.Insyallah.

    Ada ungkapan yang menyebut bahwa "senyuman itu merupakan satu kemestian dalam pergaulan.Bergaul bermakna komunikasi dengan baik dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda.Satu daripada  ialah pandai dan mahu tersenyum.

  Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati anda dan orang sekeliling,sebaliknya jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa  dan menganggu hati dan orang sekeliling.Sudah pasti anda tidak suka menjadi punca kesedihan kepada sesiapa pun.

            KEMULIAAN HANYA AKAN DIBERIKAN  KEPADA MEREKA YANG BERSABAR