Wednesday 12 March 2014

Sejenak

Salam dan selawat buat junjungan Nabi SAW .

Syukran ahamdulillah dengan nikmat Allah swt berikan pada  kita bernafas di muka bumi ini.Munasabah diri dengan kejadian yang berlaku.Dengan kejadian yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya.Kita sebagai manusia ibarat fakir miskin.Hanya Allah SWT yang maha kaya,yang menguasi segala kekayaan di dunia dan di akhirat.

 Manusia yang fakir haruslah menahan diri dari  segala menempuh ujian kecuali Allah Swt kerana Allah adalah Pencipta dan Pelindung baginya. Ujian itu adalah satu tanda kasih sayang  dari Allah swt untuk manusia.Haruslah kita tabah menerima ujian itu.Allah swt adalah tempat ia meminta dan tempat ia kembali.Sebaliknya kita sebagai manusia haruslah mengingati Nya  dan jauhilah segala perkara yang dapat menghalang  pautan hati dengan Allah swt.Semoga kita menjadi muslimin dan musliman yang di kasihi Allah swt..

Sedih dan Gembira dirasai bersama
Susah dan tenang dijiwai bersama
Redha Segala Ujian Di tempuh.
WahaI Manusia Sesungguhnya ALLAH SWT Mengasihi Kita.
Sejauh 
 kita Cinta Pada AllaH SWT







Tip


CARA-CARA MENGATASI
MASALAH tekanan (stress)
 
1. Berzikir dan berdoa
 
2.berfikir positif
 
3.rehat dan tidur  yang mencukupi
 
4.Berolahraga
 
5.berbahagi pemikiran dengan teman yang dipercayai
 
6.rendah hati dan jujur pada diri sendiri
 
7.diam
 
 



Tuesday 11 March 2014

Mari-mari Dapatkan Stok EbOoK Hanya RM 50shj

 *E-BOOK 101 IDEA HOME BASE BISNES

* E-BOOK BELAJAR ASAS BLOG


Harga menarik hanya RM50 SAHAJA, dua ebook 

1. Ebook 101 idea home based bisnes 
2. Ebook belajar asas blog 

Pilih bisnes dari rumah dalam ebook 101 idea home based bisned, dan mula promosi melalui blog, dapatkan pakej promosi ini. Harga biasa RM100, harga sekarang RM50. Dapatkan sebelum tarikh promosi tamat.

Harga biasa RM100 untuk 2 ebook. Harga promosi sekarang, RM50. Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.

Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog:

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook
 
Mari-mari dapatkan EbOoK,Hanya RM50  
http://pnrohailaidris.blogspot.com

Monday 3 March 2014

BRIM 3.0 PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH

Assalamualaikum
 
4 Mac 2014 bermula pemberian baucar BRIM 3.0 kepada penerima BRIM  3.0 bagi peringkat daerah Perak Tengah untuk  fasa pertama di Dewan Dato Maharajalela Institut Kemahiran Belia Negara seramai 1000 orang telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Zaim Bin Haji Hassan.Bermula upacara dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.Di antara agensi yang terbabit dalam pemberian baucar BRIM 3.0 adalah Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah selaku tuan rumah bagi pihak LHDN,Bank Simpanan Nasional cawangan Batu Gajah,Pejabat Penerangan Daerah Perak Tengah,Pejabat Polis Daerah Perak Tengah,Rela, dan Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah.
 
Diharapkan petugas BRIM 3.0 dapat bersabar banyak-banyak melayan karenah dan telatah pihak terima.Di atas pemberian BRIM 3.0  dengan jumlah RM 650.00 bagi berkeluarga dan RM  300.00 bagi bujang ini dapat meringankan bebanan pihak penerima kelak.Insyallah.Bersyukur kita dengan rezeki yang kita dapat.Janganlah kita bersungut apa yang kita dapat.
Penerima Pertama

Kelebihan Membaca Surah-Surah Pilihan Di Dalam Al Quran


1.Surah Yasiin

a) Mendapat Keampunan dosa
b)Mendapat Kebaikan terhindar dari segala kesusahan di dunia dan akhirat.
c)Pelindung dari keburukan,kejahatan serta tercapai segala usaha dihajati
d)Mendapat pahala 10 kali ganda pahala khatam Al-Quran

2.Surah Al-Khafi
a)Terhindar daripada Al-Dajjal
b)Diamalkan pada hari Jumaa,maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari khiamat dan diampunkan antara dua jumaat.

3.Surah As-Sejadah
a)Terhindar seksaan kubur
b)Mendapat pahala besar seperti pahala ibadah sepanjang malam Lailatul Qadr.
c)Mendapat hidayah ilmu yang yakin serta dikunia Nur(cahaya)pada diri semasa meninggal dunia

4.Surah Al-Waqiah
a)Baca tiap-tiap malam akan terjauh dari kepapaan.
b)40 kali setiap hari dibaca maka dipermudahkan mendapat rezeki dan berbagai sumber yang berkat.

5)Surah Al-Mulk
a)Mendapat syafaat sehingga terampunnya dosa
b)Dihadiahkan pahala besar iaitu masuk syurga dan selamat azab kubur..


Selamat Beramal..Insyallah..

Thursday 27 February 2014

Kenali Saya

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamua'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Perkenalan,Salam Ukhwah,Salam Ceria.

Ahamdulillah,syukur ke hadrat Allah Swt kerana saya pertama kali menulis entri yang dibimbing serta tunjuk ajar oleh seorang mentor yang berkaliber dan saya sebagai menti nya ibarat budak baru belajar .Sebelum itu saya kenalkan diri nama saya Rohaila Binti Idris,panggilan selalu di pejabat ila kalau di kalangan keluarga Roha.Melayari tahun 2014 umur saya menjangkau 35 tahun.Saya mempunyai 4 adik beradik,saya merupakan anak ketiga.Ada seorang kakak yang berumur 45tahun,yang kedua abang berumur 41tahun dan seorang adik perempuan berumur 31tahun merupakan cikgu.Abah saya merupakan pesara polis tentera sudah berumur 70tahun dan bonda tercinta sudah ke rahmatullah hampir 2 tahun kerana menghidap kanser rahim dan sakit jantung berlubang.Jasa bonda amat bernilai bagi saya dan adik-beradik.

Kini sudah 6 tahun saya melayari bahtera rumahtangga bersama suami Mohd Hazman Bin Hj Abdul Halim Ahamdulillah saya.dikurniakan sepasang anak yang sulung berumur 5 tahun bernama Nur Amilah Batrisya,dan kedua berumur 4 tahun bernama Muhammad Syahmi Darwisy yang selalu mengusik jiwa dan hati. Pejam celik sudah besar anak-anak ibu dan abah.Agar anak-anak ibu dan abah jadi anak solehah dan soleh.Insyallah.Pening juga mengeluarkan idea untuk menulis entri ini

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Sungai Ara,Bayan Lepas,Pulau Pinang dari dari darjah satu hingga darjah tiga.Selepas itu abah ila kena bertukar ke Perak biasa la kerja unit unitform asyik berpindah tidak duduk setempat je.ila menyambung darjah empat sampai darjah enam ke Sekolah Kebangsaan Simpang Empat,Sitiawan,Perak.Selepas itu meneruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestman,sitiawan,perak.Sementara menunggu keputusan SPM saya bekerja kedai runcit,kedai photostat serta kedai buat roti dan pizza.Selepas itu saya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ungku Omar,Ipoh.

Tahun 2002 saya telah memulakan alam pekerjaan di sektor swasta di Lumut Maritime Terminal sebagai kerani akaun sehingga bulan Ogos 2003.Selepas saya telah berkhidmat sektor kerajaan selama 11 tahun.Banyak pengalaman saya belajar sejak berkhidmat dalam sektor swasta dan kerajaan.Disebabkan saya bekerja di bahagian kaunter bayaran bermacam-macam saya temui ragam manusia.Bekerja sebagai petugas di kaunter memerlukan  kesabaran yang tinggi dan kecekalan.Pengalaman tidak dapat lupa ada seorang pelanggan  ingin dengar kemahuannya dan juga siap bertekak  dan mahu menang cakapnya.Ada  juga yang mengangguk tanda setuju apabila saya memberi keterangan panjang lebar.Dan ada juga bila dah diterang panjang lebar,bila ditanya faham ke tidak,sengih sengih tidak faham.

Demi membantu suami saya terfikir harus apa saya sumbang kan.Kebetulan saya mencari maklumat dari blog ke blog tiba-tiba tergerak hati membaca satu blog Puan Ansy Idayu Zakaria tanpa produk kita boleh berjaya menjana pendapatan serta Blog Akademi Bekerja Di Rumah diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad.Bermula di situ saya nekad untuk berdaftar dalam kelas akademik bekerja di rumah di bawah kelolaan Puan Ansy Idayu.
Harapan saya dapat mempelajari daripada seorang sudah berjaya menjadi WAHM seperti Puan Ansy Idayu.

Impian saya menyertai kelas dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran selok belok dalam penulisan dan blog.Penulisan yang baik mampu mempengaruhi pembaca untuk terus membaca dan mengkuti perkembangan blog dari masa ke semasa.Daripada penulisan ini saya boleh pergi jauh ke hadapan untuk menghasilkan produk saya nanti.Rasa macam tidak percaya jari-jemari boleh menulis sebenarnya.Dalam masa yang sama saya boleh bertukar-tukar fikiran antara mentor dan menti yang lain berkenaan kelas yang diadakan.

Dengan rendah hati saya semoga saya istiqamah dengan apa yang dirancang.Nawaitu saya ingin membuat perniagaan maya ini adalah kerana ALLAH SWT.Sesungguhnya Allah swt adalah sebaik-baiknya perancang.Saya hanya berusaha sebaik-baiknya.Antara cepat dan lambat sahaja yang penting kita sentiasa kembali kepadaNya disamping suami,keluarga dan sahabat handai sebagai pemberi semangat untuk terus dalam bidang ini.Mudah-mudahan ALLAH SWT kurniakan yang terbaik untuk saya dan juga mentor dan pembaca sekalian nanti.Insyallah.

Selamat membaca,Salam manis dari saya.



Keluarga Saya
.

RINDUKAN MAK YANG TELAH TIADA


Tiba-tiba air mata saya mengalir apabila melihat seorang kawan pejabat membeli kad hari jadi maknya,kebetulan hari jadi arwah mak saya pada 14 Februari 2014..genap 65tahun...Saya teramat-amat rindukan arwah mak.Semoga arwah mak ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Al-Fatihah buat arwah bonda tercinta Hajah Sharipah binti Omar.

Kepada para pembaca dil luar yang mempunyai insan bernama mak,ibu,mama,ummi luangkan masa untuk mereka..Kenang lah jasa-jasa mereka...tak terbalas jasa mereka membesarkan kita dari kecil hingga ke besar.


Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

HIDUP DENGAN SENYUMAN


Kalau anda senyum walaupun ketika sedang bersedih dan berduka,sebenarnya anda sedang berusaha meringankan beban dan mengetuk gerbang keceriaan yang anda cari.
      Sekali-sekala jamgan berfikir dua kali untuk senyum,kerana dengan tersenyum anda akan mengembirakan semangat,jiwa,kekuatan yang ada dalam diri anda.Janganlah bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan iu,sedang menekannya bererti anda membuat sengsara.Senyuman yang anda berikan menaikkan segala kebaikan dan kegembiraan yang anda cari.Insyallah.

    Ada ungkapan yang menyebut bahwa "senyuman itu merupakan satu kemestian dalam pergaulan.Bergaul bermakna komunikasi dengan baik dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda.Satu daripada  ialah pandai dan mahu tersenyum.

  Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati anda dan orang sekeliling,sebaliknya jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa  dan menganggu hati dan orang sekeliling.Sudah pasti anda tidak suka menjadi punca kesedihan kepada sesiapa pun.

            KEMULIAAN HANYA AKAN DIBERIKAN  KEPADA MEREKA YANG BERSABAR